24 February 2014

Percutian ke Pulau Pinang

... dan sambungan dari Percutian ke Langkawi

Hmm... tak ingat pulak bila kali terakhir pergi ke Penang ni. Rasanya tahun 2007 kot? entah la... Yang pasti tujuan terakhir atas urusan kerja, bukan untuk bercuti... Jadi, ceritanya awal sehari dari cuti CNY aku sekeluarga meninggalkan hiruk pikuk Kuala Lumpur dan menuju ke utara. Sebetulnya kami dua keluarga ( family aku dan family adik aku).

Pada mulanya misi adalah berkonvoi 2 buah kereta. Tapi anak adik aku pulak tak sihat, diorang pigi klinik dulu. Seawal pukul 6.30 pagi aku gerak memandangkan tak nak clash dengan mereka yang tak dapek bercuti awal. Rilek je bawak slow, pukul 8am cenggitu sampai dah Jejantas Sungai Buloh. Macam ramai lak orang. Berenti kejap mandikan anak-anak pastu breakfast makan Burger King. Selepas tu ada gak berenti lagi tapi tak ingat kat mana arr.... Sampai kat toll Jembatan Penang kul 12:58 pm. Nak naik ferry dah tak sempat sebab aktiviti kat Penang ni hari ni je, masa mencemburui kami.


Babak berehat sebentar di RNR Sg. Buloh.







Ada 3 orang pencuri yang kesemuanya bebudak sekolah rendah. Badan kecik-kecik lak tu. Sempat jugak aku halang diorang dengan kaki, abes sume harta curi yang dilarikan terjatuh. Rupanya ada pelancong atas angin kena rompak.


3 comments:

  1. Pulak dah..kecik2 dah pandai mencuri budak2 ni..
    Aku suka gamba kat basikal tu..memang "art"

    ReplyDelete
  2. betul...ko memang ada bakat ambik gambar bro...

    ReplyDelete
  3. Rafi:
    rasanya budak2 tu macam adik-beradik. Tengah syok amek gambar kat besikal tu, terdengar sorang awek omputerh menjerit. Apa lagi, dengan otomatik kaki ni terangkat halang bebudak tu. Kebetulan diorang tu meluru lari kat arah aku... Takut gak mana tau diorang pegang pisau ke ape ke. Demi awek omputeh aku sanggup... cheh... hehehe... Tapi tak sempat nak tangkap bebudak nakal tu...

    kat besikal tu memang ramai orang Q nak amek kenangan.

    abg beterom:
    selipar tu je yang aku snap, lain tu orang rumah punya air tangan.

    ReplyDelete