24 March 2017

Pertanian AgroMetal - Serai & Ulam Raja

Minggu lepas merupakan satu hari yang dirasakan hari yang terbaik untuk berkebun dan bercucuk tanam hatta menuai hasil. Pada suatu pagi yang hening, disebalik jendela kelihatan serumpun serai kat tepi pagar tu dah macam lalang. Mengapit di kiri dan kanannya pula tersergam indah pokok Ulam Raja yang dah mencanak tinggi macam KLCC. Apakah maksudnya? Lalu ku beranikan diri untuk mendekati kedua-duanya. Alangkah terkejut di hati ini bahawasanya ini lah masanya. This is the time. It has to start somewhere, it had to start sometime. What better place than here, what better time than now. Sesungguhnya masa dah time.

Sebenarnya hajat dihati nak menuai tu datangnya bulan lepas. Bercucuk tanam ni hanya suka-suka mengisi masa lapang macam bedroom rockstar la jugak kiranya. Walaupun dah lama sangat tak menuai gitar karen. Yela kan, berkebun secara kecil-kecilan dah macam kita bersenam jugak. Lagi pun dah hujung bulan masa tu. Yang paham tu paham je la ye.

 Berikut adalah lampiran seperti tajuk di atas dalam format jpg.

Inilah dia serai yang diperkatakan tadi. dapat la dalam 3 ikat.

Jauh di latar sana kelihatan pokok serai yang telah di tuai. Tinggal sikit je buat backup.

Ini ulam raja yang belah kiri. Dah kena trim.

Yang ni pulak yang belah kanan pun kena trim jugak. Hujung sekali tu dah matang dan hasilkan bunga.









Ulam Raja tu dapat la dalam 3 genggam hasil dia. Cicah dengan budu atau cincalok sedap ni. Next projek ada kerja-kerja carigal pulak.

Akhir kata, majulah pertanian demi rock.

14 March 2017

Sesi Latihan Percuma


Yep, bebudak patut bermain atau beriadah di luar bukan duduk dalam rumah mengadap PS3 & 4 atau android... Kejadian bagi tajuk cerita ini adalah hasil tak sengaja terlihat iklan program kids football ni kat facebook. Yela kan..., dari duk mengadap game tu baik merasa yang real punya. Macam mana kena tackel atau menekel, merembat dengan padu maut (macam tekan butang “O” kat PS sambil butang L2 pun tekan jugak), keluar peluh, celebrate winning goal, jadi tembok time freekick dan bermacam-macam lagi la kan... kan.... kan.... aaaaa....

Jadi, pada tanggal 19hb Feb aritu bertempat di stadium Kajang satu sesi awalan bolasepak diadakan untuk budak-budak bawah 15 tahun yang dikelolakan oleh HLFC. 2 sesi percuma bagi tarikh 19 & 26. Mula 5hb dah enroll utk 1st batch punya kemasukan. Errrr..... maknanya kena bayar la...



Latihan mengawal bola.



Tunggu giliran nak main. Team yang kalah atas padang kena keluar ganti team belakang goal post ni.

 
Dapat main dah. Tackel yellow card tu....



Langsung Jahanam....



Last sekali basuh baju...

Kesimpulannya, lepas sesi 2 jam latihan bola, kami 2 beranak lepak mamak pekena apa yang patut sambil tunggu baju siap kering....




27 February 2017

Akhirnya diri ini adalah pelupa.

Alhamdulillah syukur ke hadirat Allah S.W.T kerna dengan hidayatnya aku masih disini.

Pertama-tama sekali ucapan selamat kembali kepada diri sendiri. Kehilangan selama ini adalah disebabkan faktor usia. Ya...., dah LUPA login & password Blog sendiri. HAHAHAHA mcm haram. Mulai sekarang, kena salin semua login & password semua kat satu buku khas. Pas tu simpan elok. Pas tu jangan LUPA simpan kat mana.

Kedua, apa khabar kengkawan blogger semua?

Ketiga, errr.... apa nak tulis arrr....

Orait nantikan tajuk blog seterusnya yang akan ke udara tak lama lagi.

Salam sayang dariku. Muaaahhh....

Wasalam.

8 October 2014

RHCP: red hot Cili Padi





Dalam pasu je pun

Orait, salam aidilfitri kepada anda semua para pembaca yang budiman walau dimana anda berada. Ini hari siri rancangan Wordless Wednesday dibatalkan dan diganti dengan siri Petani Moden: CILI.
Okey, akhirnya cili padi yang ditanam selama lebih kurang 2 bulan telah menghasilkan 2 biji cili. Setelah lama berfikir, apakah yang boleh dimanipulasikan dengan 2 biji cili ini. Besar, tak besar, kecik pun taklah kecik sangat kira ok la saiz dia tu. Kepedasan pun belum tahu lagi tahap dia.


Sebabnya ditanam dalam pasu adalah kerana dalam proses trial and error lagi. Ala, macam korang beli gajet, belum tentu MT2 sesuai dengan lobang telinga korang. Nampaknya lepas ni dah boleh transfer ke tanah.

Kecik je pun...
Yang berkilat kat agambar atas tu syiling 5 sen. Saja nak bagi perbandingan nisbah saiz. Tak de la korang payah nak mengagak saiz dia ye tak? Genius jugak aku ni kan... hehehehe. Ok, lepas puas dipikirkan apa kah yang patut dibuat dengan cili ni tanpa sebarang resolusi, aku pun bukak la peti ais konon nak minum teh 'o ais la tetiba ternampak ada botol sekali dengan tempoyak kat dalam dia... Perghh... kebetulan pulak tadi beli ikan kembung sebarang 3-4 ekor...
 

Kombinasi yang boleh menjahanamkan amalan diet korang...


 Yess....! kami sekeluarga berjaya membudukan cili hasil dari titik peluh kami sekeluarga. Maka dengan itu terlerailah segala kekusutan setelah jalan penyelesaian ditemui. Kesimpulan, memang pedas walaupun sebatang je.

Sehingga bertemu lagi, saya, jengkemut dan keluarga mengucapkan terima kasih dan jumpa lagi di hari yang lain dengan sambungan cili yang lagi satu tu ape jadi. Babai.