24 March 2017

Pertanian AgroMetal - Serai & Ulam Raja

Minggu lepas merupakan satu hari yang dirasakan hari yang terbaik untuk berkebun dan bercucuk tanam hatta menuai hasil. Pada suatu pagi yang hening, disebalik jendela kelihatan serumpun serai kat tepi pagar tu dah macam lalang. Mengapit di kiri dan kanannya pula tersergam indah pokok Ulam Raja yang dah mencanak tinggi macam KLCC. Apakah maksudnya? Lalu ku beranikan diri untuk mendekati kedua-duanya. Alangkah terkejut di hati ini bahawasanya ini lah masanya. This is the time. It has to start somewhere, it had to start sometime. What better place than here, what better time than now. Sesungguhnya masa dah time.

Sebenarnya hajat dihati nak menuai tu datangnya bulan lepas. Bercucuk tanam ni hanya suka-suka mengisi masa lapang macam bedroom rockstar la jugak kiranya. Walaupun dah lama sangat tak menuai gitar karen. Yela kan, berkebun secara kecil-kecilan dah macam kita bersenam jugak. Lagi pun dah hujung bulan masa tu. Yang paham tu paham je la ye.

 Berikut adalah lampiran seperti tajuk di atas dalam format jpg.

Inilah dia serai yang diperkatakan tadi. dapat la dalam 3 ikat.

Jauh di latar sana kelihatan pokok serai yang telah di tuai. Tinggal sikit je buat backup.

Ini ulam raja yang belah kiri. Dah kena trim.

Yang ni pulak yang belah kanan pun kena trim jugak. Hujung sekali tu dah matang dan hasilkan bunga.









Ulam Raja tu dapat la dalam 3 genggam hasil dia. Cicah dengan budu atau cincalok sedap ni. Next projek ada kerja-kerja carigal pulak.

Akhir kata, majulah pertanian demi rock.

6 comments:

  1. Thorbaik.
    Seronok tengok. Aku ni duk flet. Best kalau dapat rasa ada tanah boleh buat macam2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah sewa je pun... kalau sendiri punya mau banyak lagi yang nak tanam....

      Delete
  2. Berbudi pada tanah.terbaik bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil tu eksesais tulang 4 kerat bro

      Delete
  3. "Sesungguhnya masa dah time" - nice

    ReplyDelete