Dalam pasu je pun |
Orait, salam aidilfitri kepada anda semua para pembaca yang budiman walau dimana anda berada. Ini hari siri rancangan Wordless Wednesday dibatalkan dan diganti dengan siri Petani Moden: CILI.
Okey, akhirnya cili padi yang ditanam selama lebih kurang 2 bulan telah menghasilkan 2 biji cili. Setelah lama berfikir, apakah yang boleh dimanipulasikan dengan 2 biji cili ini. Besar, tak besar, kecik pun taklah kecik sangat kira ok la saiz dia tu. Kepedasan pun belum tahu lagi tahap dia.
Sebabnya ditanam dalam pasu adalah kerana dalam proses trial and error lagi. Ala, macam korang beli gajet, belum tentu MT2 sesuai dengan lobang telinga korang. Nampaknya lepas ni dah boleh transfer ke tanah.
Kecik je pun... |
Kombinasi yang boleh menjahanamkan amalan diet korang... |
Yess....! kami sekeluarga berjaya membudukan cili hasil dari titik peluh kami sekeluarga. Maka dengan itu terlerailah segala kekusutan setelah jalan penyelesaian ditemui. Kesimpulan, memang pedas walaupun sebatang je.
Sehingga bertemu lagi, saya, jengkemut dan keluarga mengucapkan terima kasih dan jumpa lagi di hari yang lain dengan sambungan cili yang lagi satu tu ape jadi. Babai.