31 December 2012

Klimaks 2012. Transfering data from drive USJ ke drive Bangi. Complete.

Akhirnya, selesai sudah babak pindah rumah. Memang letih yang teramat letih. Dua trip lori 5 tan, kekecohan sana-sini, cuaca mendung hujan lebat, gaji lambat masuk dan bermacam lagi peristiwa berlaku pada hari tersebut.

Apa-apa pun, 5 tahun menyewa di USJ membawa aku semula ke tempat asal. Anak sulung pun dah nak mula tadika. Di rumah sewa Bangi keadaan masih tunggang-langgang umpama stor penyimpanan barang. Banyak lagi barang yang tak sempat di lupuskan. Sempat juga berkenalan dengan beberapa jiran baru walaupun hanya dengan memberi salam.

Harapan semoga tahun baru ini lebih baik dari yang lepas.

Memang letih kalau pindah rumah.

27 December 2012

PR: Pindah Rumah

Apa lagi yang boleh disabitkan dengan pindah rumah....?

Paling tidak pun menanggung keletihan tubuh selama berhari². Yep, tahun baru rumah pun baru. Tapi rumah sewa jugak. Kecil sedikit dari apartment sekarang dan tak ada lift. Mujurlah dapat sewa tingkat satu. Sabtu ni lori 5 tan datang mengangkut semua barangan untuk ditransferkan ke lokasi baru.

Yang pasti kembali ke asal. Ke kawasan tempat aku membesar dan bermain satu masa dahulu. Tetapi dengan suasana yang baru.

Korang ada?


Ruang yang kecil tak membataskan kasih sayang yang besar.

14 November 2012

...Dan Dah Sampai Sini

Bahagian tepi bangunan dapur restoran ni kot.

Lebih kurang pukul 6.30 snap gambar ni.

Port untuk pelanggan pilih menu mentah sebelum masuk dalam perut.


Aroma Ikan Bakar, Jeram, Kuala Selangor.

Yep, aku dan keluarga dah sampai sini. Banyak kali dah dengar nama restoran dan tempat ni. Sabtu lepas 10 Nov kami sekeluarga 2 buah kereta seramai 15 orang termasuk anak² telah sampai akhirnya. Tapi buat aku dan isteri serta anak² ni kali pertama. Restoran ni betul² kat tepi pantai, tapi rasanya pantai yang tak leh mandi kot. Entah la.

Melihatkan kepada menu mentah yang ada, memang nak je sume dipesan. Tapi malangnya, pada hari kejadian aku diserang cirit. Pandu kereta pun tak selesa, tapi ku gagahi jua. Maka, aku cuma menjamah mana yang sempat je. Photo pun aku rasa malas nak snap sangat pasal asik nak ke tandas je memanjang.

Rasanya kena repeat jugak tempat ni...


Team Yamaha LC135 Biru pun ada buat gath.









19 June 2012

Penyelenggaraan

Semalam, opis aku didatangi pasukan penyelenggara penghawa dingin. Sudah setahun lebih aircond opis ni tak di-servis. Maka, kurang-lah rasa sejuk, walhal bil api tetap sama jugak. Sementara diorang servis aku kat dalam opis ni pun berpeluh la. Nak masuk tengahari baru siap. Tapi tak sejuk pun, udara nyaman yang keluar dari alat penyaman tu macam keadaan sebelum diservis. Kureng kick. Yelah, ruang bilik ni agak besar tapi horsepower-nya 1 je. Kempunan nak berasa sejuk macam bilik sebelah. huhu...

Maka, terigat aku masa kerja kat opis lama dulu sebagai IT technician. Setiap 2 bulan aku akan pastikan PC yang aku guna kat opis tu dileraikan sepenuhnya untuk kerja² penyelengaraan. Aku pastikan tiada habuk atau bendasing melekat pada hardware, kabel, mobo dan seumpamanya dalam casing tu. Sume aku leraikan sampai ke kipas mobo tu pun aku bukak. Jumper pun aku kasi gilap. Kibod pun same jugak fate dia, abes sume butang kekunci aku cabut kasi buang habuk kat papan dia. Cuma optical mouse je aku biarkan dia camtu. Kalau mouse pakai bebola-bola, lama dah kena bogel. hehehe.

Lepas abes seharian servis PC tu, aku pasang balik, cantumkan semula masuk sana, masuk sini. Cucuk sana, cucuk sini mana yang berkaitan. Pastu aku boot pastikan bernyawa kembali PC nih. Bile semua ok, operasi seterusnya format Main Hardisk utk reinstall OS XP dan software yang berkaitan.

Rasa ringan je PC bile dah buat maintenance cenggini. Tapi kat opis aku skang ni belum pernah nak buat. Yelah mana ada masa. Tapi teringin nak buat jugak sebenarnya.

Korang pernah tak?



14 June 2012

Tawar Hati.

Yep... Aku dah tak de semangat nak keje. Semangat yang hilang bak kata Mael dan XPDC-nya. Atau lebih tepat tak de nafsu dah buat apa yag aku lakukan sejak tamat alam universiti lagi. aku tamat uni tahun 2k, hmmm.... lama gak tu... Ari² benda sama. 2-3 kompeny yang dulu pun buat benda sama. Cuma gaji je beza. Tade la mewah, tapi boleh la support keluarga, bayar hutang mandatori tiap² bulan. Benda ni berlarutan sejak tahun lepas lagi. Orang tua² cakap kalu dah tawar hati nak wat camne lagi kan? Ari² mengadap benda sama. Benda sama je aku hadap ari². Aku suspek pasal environment opis ni buat aku sampai jadi begini. Kerja freelance pun dah semakin kurang...

But, opis aku dekat je dengan rumah. tak sampai 1km pun. Lunch aku balik rumah, makan masakan ringkas isteri tercinta. Masuk kul 8.30 pagi balik kul 5.30 petang. Tiada tol, tiada kesesakan lalu lintas, tiada stress memandu. Kerja 5 hari seminggu. Cukup bulan dapat gaji. Ia berulangan semenjak 5 tahun lepas. Itulah rutin aku.

Semenjak sebulan dua ni aku backup segala kerja yang pernah aku buat ke dalam portable harddrive. Segala apa yang penting bagi diri aku, aku transfer ke alam lain. Meja yang bersepah dan bertimbun pun semakin ari semakin saujana mata memandang. Ada yang aku bawa balik pulang ke rumah. Tak pasti pulak boss perasan ke tidak.

Rasa macam nak tenangkan fikiran ni barang 1-2 bulan. Pastu baru carik keje baru.

Tapi kalau aku berenti kerja apa terjadi pada isteri dan anak²? Aku sebenarnya tak tau profesyen ape yang perlu aku pilih selain yang sekarang ni sebagai kerjaya seterusnya. Yang sekarang ni je aku tau buat. Umpama kucing hanya tahu mengiau, jangan ditanya bila ia akan mengaum. Start your own business? Hmm... considered many times. Tapi perusahan apa? Adoyai... Aku dah betul² bosan repeating the same old thing! (aku nak mencarut sebenarnya).

Rezeki ada dimana-mana. Buat masa sekarang aku ikut aliran air yang mengalir.



Aku seorang pereka grafik.

21 February 2012

Macam... macam... Arghh...!!!!!!

Ini ari hati aku sungguh hampa karena salah satu dari 2 file telah dengan tidak sengaja ter'override' save (betul ke terma aku  ni?) sebab aku kalut nak kuar gi minta kedarah pasal dah masuk time makan tengahari... Erti kata, kerja baru ke-3 tadi telah disave pada file no2, sebab aku guna template no.2 untuk mulakan keje no.3... Korang paham tak?

Kalau tak, aku sorang je paham.... hehhehe....

Dah la client nak tengok ketiga² file tu esuk pagi... OT tak bergaji la jawabnya ari ni....

3 hari punya keje...Hesh....

11 January 2012

Filler #01 - Keje yg tak penah habis.

Ari ni masuk opis terus sambung keje yg start Isnin lepas. baru 3 ari beb, ini adalah projek pertama aku utk tahun 2012 nih...

Macam biasa la, mau sampai 2 minggu keje ni baru siap. Paling busuk pun 3 minggu. Yang tak bestnya bile keje ni kena rijek atau client kata tak jadi buat, padahal aku dah buang masa pikir benda yg terbaik. Atau aku ni memang tak ahli dalam bidang nih.... Hahahah...

Ahh... buat je la, aku kan makan gaji...

HAhahahaa....