Yep... Aku dah tak de semangat nak keje. Semangat yang hilang bak kata Mael dan XPDC-nya. Atau lebih tepat tak de nafsu dah buat apa yag aku lakukan sejak tamat alam universiti lagi. aku tamat uni tahun 2k, hmmm.... lama gak tu... Ari² benda sama. 2-3 kompeny yang dulu pun buat benda sama. Cuma gaji je beza. Tade la mewah, tapi boleh la support keluarga, bayar hutang mandatori tiap² bulan. Benda ni berlarutan sejak tahun lepas lagi. Orang tua² cakap kalu dah tawar hati nak wat camne lagi kan? Ari² mengadap benda sama. Benda sama je aku hadap ari². Aku suspek pasal environment opis ni buat aku sampai jadi begini. Kerja freelance pun dah semakin kurang...
But, opis aku dekat je dengan rumah. tak sampai 1km pun. Lunch aku balik rumah, makan masakan ringkas isteri tercinta. Masuk kul 8.30 pagi balik kul 5.30 petang. Tiada tol, tiada kesesakan lalu lintas, tiada stress memandu. Kerja 5 hari seminggu. Cukup bulan dapat gaji. Ia berulangan semenjak 5 tahun lepas. Itulah rutin aku.
Semenjak sebulan dua ni aku backup segala kerja yang pernah aku buat ke dalam portable harddrive. Segala apa yang penting bagi diri aku, aku transfer ke alam lain. Meja yang bersepah dan bertimbun pun semakin ari semakin saujana mata memandang. Ada yang aku bawa balik pulang ke rumah. Tak pasti pulak boss perasan ke tidak.
Rasa macam nak tenangkan fikiran ni barang 1-2 bulan. Pastu baru carik keje baru.
Tapi kalau aku berenti kerja apa terjadi pada isteri dan anak²? Aku sebenarnya tak tau profesyen ape yang perlu aku pilih selain yang sekarang ni sebagai kerjaya seterusnya. Yang sekarang ni je aku tau buat. Umpama kucing hanya tahu mengiau, jangan ditanya bila ia akan mengaum. Start your own business? Hmm... considered many times. Tapi perusahan apa? Adoyai... Aku dah betul² bosan repeating the same old thing! (aku nak mencarut sebenarnya).
Rezeki ada dimana-mana. Buat masa sekarang aku ikut aliran air yang mengalir.
Aku seorang pereka grafik.
No comments:
Post a Comment