Semalam, opis aku didatangi pasukan penyelenggara penghawa dingin. Sudah setahun lebih aircond opis ni tak di-servis. Maka, kurang-lah rasa sejuk, walhal bil api tetap sama jugak. Sementara diorang servis aku kat dalam opis ni pun berpeluh la. Nak masuk tengahari baru siap. Tapi tak sejuk pun, udara nyaman yang keluar dari alat penyaman tu macam keadaan sebelum diservis. Kureng kick. Yelah, ruang bilik ni agak besar tapi horsepower-nya 1 je. Kempunan nak berasa sejuk macam bilik sebelah. huhu...
Maka, terigat aku masa kerja kat opis lama dulu sebagai IT technician. Setiap 2 bulan aku akan pastikan PC yang aku guna kat opis tu dileraikan sepenuhnya untuk kerja² penyelengaraan. Aku pastikan tiada habuk atau bendasing melekat pada hardware, kabel, mobo dan seumpamanya dalam casing tu. Sume aku leraikan sampai ke kipas mobo tu pun aku bukak. Jumper pun aku kasi gilap. Kibod pun same jugak fate dia, abes sume butang kekunci aku cabut kasi buang habuk kat papan dia. Cuma optical mouse je aku biarkan dia camtu. Kalau mouse pakai bebola-bola, lama dah kena bogel. hehehe.
Lepas abes seharian servis PC tu, aku pasang balik, cantumkan semula masuk sana, masuk sini. Cucuk sana, cucuk sini mana yang berkaitan. Pastu aku boot pastikan bernyawa kembali PC nih. Bile semua ok, operasi seterusnya format Main Hardisk utk reinstall OS XP dan software yang berkaitan.
Rasa ringan je PC bile dah buat maintenance cenggini. Tapi kat opis aku skang ni belum pernah nak buat. Yelah mana ada masa. Tapi teringin nak buat jugak sebenarnya.
Korang pernah tak?
smpi jumper pun digilap?
ReplyDeletebab2 maintenance pc ni, aku xdela smpi rajin nak format/install balik OS berkali2, biasanya aku buat image GHOST je kali pertama format/install... lain kali extract je image tu, xsmpi 15 minit dah siap berbanding format/install
yess... bak kata tam spider: gosok sampai berkilat sampai tertanggal semua karat.
Deleteyelah, dulu keje opis lama kalau tak de keje aku buat la maintenance pada PC sendiri. baru warga opis tak saspek aku tak buat keje, walhal memang tak de keje pun... hehhe
skang ni pun skop keje dah lain.....