8 October 2014

RHCP: red hot Cili Padi





Dalam pasu je pun

Orait, salam aidilfitri kepada anda semua para pembaca yang budiman walau dimana anda berada. Ini hari siri rancangan Wordless Wednesday dibatalkan dan diganti dengan siri Petani Moden: CILI.
Okey, akhirnya cili padi yang ditanam selama lebih kurang 2 bulan telah menghasilkan 2 biji cili. Setelah lama berfikir, apakah yang boleh dimanipulasikan dengan 2 biji cili ini. Besar, tak besar, kecik pun taklah kecik sangat kira ok la saiz dia tu. Kepedasan pun belum tahu lagi tahap dia.


Sebabnya ditanam dalam pasu adalah kerana dalam proses trial and error lagi. Ala, macam korang beli gajet, belum tentu MT2 sesuai dengan lobang telinga korang. Nampaknya lepas ni dah boleh transfer ke tanah.

Kecik je pun...
Yang berkilat kat agambar atas tu syiling 5 sen. Saja nak bagi perbandingan nisbah saiz. Tak de la korang payah nak mengagak saiz dia ye tak? Genius jugak aku ni kan... hehehehe. Ok, lepas puas dipikirkan apa kah yang patut dibuat dengan cili ni tanpa sebarang resolusi, aku pun bukak la peti ais konon nak minum teh 'o ais la tetiba ternampak ada botol sekali dengan tempoyak kat dalam dia... Perghh... kebetulan pulak tadi beli ikan kembung sebarang 3-4 ekor...
 

Kombinasi yang boleh menjahanamkan amalan diet korang...


 Yess....! kami sekeluarga berjaya membudukan cili hasil dari titik peluh kami sekeluarga. Maka dengan itu terlerailah segala kekusutan setelah jalan penyelesaian ditemui. Kesimpulan, memang pedas walaupun sebatang je.

Sehingga bertemu lagi, saya, jengkemut dan keluarga mengucapkan terima kasih dan jumpa lagi di hari yang lain dengan sambungan cili yang lagi satu tu ape jadi. Babai.

24 September 2014

22 July 2014

Apo ko bondo la kono time2 gini... Adoyaii.... (face the thing that should not be)

The thing that should not be if raya is just around the corner






Raya nak dekat, tayar kete buat hal pulak... sebijik yang baru berharga rm200 (kalau pandai nego) tapi kena beli 2 bijik... yang 2nd pulak rm100, akan tetapi kualiti dan kondisi pulak menjadi penghalang... kantung kewangan pun semakin susut, kemasukan gaji pula belum tentu tarikhnya bila... tak boleh nak pikir dah ini kepala hotak!!! aduh sungguh peningnya kepala ini....

4 July 2014

LFW (lost for words) : What The FUCUK!


boto ko ese baco ni?


Jadi, jika sekilas pandang untuk kali pertama produk ini, tentunya LFW. Inilah yang terjadi ketika mana sibuk mencari bahan-bahan memasak untuk berbuka tempoh hari.

Jadi, persoalannya sekarang mengapa apakah dikurniakan nama sebegitu rupa?

Jadi, diri ini pun ketawa keseorangan dikala sepi dalam premis kedai itu.

Jadi, bak kata metalika dalam lagunya:

"...How true is this?
Just get it over with
If this is true, just let it be..."

29 May 2014

Heavy Rotation

Apakah tujuan track 8 itu?
Ini adalah salah satu lagu dari playlist mp3 Wings yang selalu dipasang dalam kete sewaktu pergi n balik kerja, hatta keman2 pun jua walau bersama keluarga semenjak 2-3 minggu lepas. Yep, anak perempuan pulak asik membuat permintaan lagu Satelit Puaka pasal nak dengar intro dia macam hantu bercakap. Eh, bagaimanakah pula kanak2 boleh tahu hantu cakap macam mana kan?

26 May 2014

Harapan


Yeah... 


Time ni game terikat 2-2. Tak sangka Jepun dan Malaysia boleh bertemu dalam peringkat akhir Piala Thomas 2014. Apa2 pun, tengkiu RTM.

7 May 2014

Wordless Wednesday: Tomyam Nyor a.k.a Tomyam Kelapa Muda




me son eat fried noodle n drink zero water only.



Isi dah habis... sori, tali perut lapar sangat.

p/s: frust sebab bukan tomyam puteh....





4 April 2014

Zon 4 - Catuan bekalan air


Hari ini bermulalah catuan air di kawasan kediaman kami dalam Zon 4 seperti yang dijanjikan bagi Peringkat ke-4. 2+1 tong ni je la yang menjadi penyelamat kami sekeluarga 4 beranak untuk 2 hari secara bergilir-gilir iaitu dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air. Klik sini untuk jadual penuh.



* Sekarang ni pengusaha tong mengaut untung besar....

24 February 2014

Percutian ke Pulau Pinang

... dan sambungan dari Percutian ke Langkawi

Hmm... tak ingat pulak bila kali terakhir pergi ke Penang ni. Rasanya tahun 2007 kot? entah la... Yang pasti tujuan terakhir atas urusan kerja, bukan untuk bercuti... Jadi, ceritanya awal sehari dari cuti CNY aku sekeluarga meninggalkan hiruk pikuk Kuala Lumpur dan menuju ke utara. Sebetulnya kami dua keluarga ( family aku dan family adik aku).

Pada mulanya misi adalah berkonvoi 2 buah kereta. Tapi anak adik aku pulak tak sihat, diorang pigi klinik dulu. Seawal pukul 6.30 pagi aku gerak memandangkan tak nak clash dengan mereka yang tak dapek bercuti awal. Rilek je bawak slow, pukul 8am cenggitu sampai dah Jejantas Sungai Buloh. Macam ramai lak orang. Berenti kejap mandikan anak-anak pastu breakfast makan Burger King. Selepas tu ada gak berenti lagi tapi tak ingat kat mana arr.... Sampai kat toll Jembatan Penang kul 12:58 pm. Nak naik ferry dah tak sempat sebab aktiviti kat Penang ni hari ni je, masa mencemburui kami.


Babak berehat sebentar di RNR Sg. Buloh.







Ada 3 orang pencuri yang kesemuanya bebudak sekolah rendah. Badan kecik-kecik lak tu. Sempat jugak aku halang diorang dengan kaki, abes sume harta curi yang dilarikan terjatuh. Rupanya ada pelancong atas angin kena rompak.